RASIONAL PENGURUSAN PROGRAM SEMESTA INI TERHAD
Baiklah, pertamanya ingin saya tegaskan disini situasi yang sedang berlaku. Untuk pengetahuan saudara-saudara sekalian pengurusan baru ini baru sahaja terbentuk tidak sampai sebulan umurnya. Dengan baki minggu akademik yang terhad serta perlaksanaan program yang sedia ada yang masih belum selesai, agak sukar buat kami untuk merancang aktiviti semester ini.
Jangan cuba timbulkan isu tiada kaliber dalam pengurusan kami kerana pihak majlis tertinggi QS Bina, Puan Zubaidah tentang perkara ini. Setelah perbincangan yang teliti, beliau memutuskan kami supaya kami perlu memberi tumpuan kepada program yang sedia ada. Rasionalnya adalah kerana jadual yang sudah pun padat ditambahnya juga dengan program yang besar dan program universiti. Jadi adalah penting bagi kami dalam memenuhi hasrat Puan Zubaidah yang ingin melihat program-program yang sudah dirancang berjaya akhirnya.
Biar saya perjelaskan dengan lebih teliti, kita sudah pun berada di minggu ke-12 dalam jadual akademik. Program yang akan dijalankan ialah Malam Simfoni Kaseh dan USR di Pulau Pangkor. Persoalan yang dibangkitkan ialah program tersebut tidak ada kena mengena dengan pengurusan yang baru. Ingin saya jelaskan bukankah lebih baik jika pengurusan baru ini turut sama membantu menjayakannya?
Dengan masa yang singkat berserta komitmen yang tinggi keperluannya, adalah sukar buat kami merencana aktiviti yang besar semester ini. Sebagai contoh, USR di Pulau Pangkor memerlukan komitmen yang tinggi memandangkan dengan tempoh tiga bulan lagi serta kos lebih kurang RM50000.00 serta rombakan program atas nasihat universiti. Perkara sebegini memerlukan komitmen.
Jadi, janganlah cuba mewujudkan keadaan di mana anda cuba mempersoalkan tiada program semester ini daripada pengurusan baru QS Bina. Tentunya lebih teruk keadaannya jiwa kita terkejar-kejar membuat program dan akhirnya tiada kejayaan yang akan dikecapi.
Berikan kami peluang untuk merancang dan untuk mengendalikan program pada masa akan datang. Untuk program-program sedia ada, kami akan berusaha sedaya upaya dalam memberikan kerjasama. Apa sahaja cadangan akan kami bincangkan dan semoga persoalan-persoalan yang dibangkitkan dapat dijawab dengan baik. Sebarang penjelasan harap difahami dan saudara-saudari sekalian diharapkan dapat terus memberi sokongan dan segala perbezaan pendapat dapat kita selesaikan.
Terima Kasih.