Saturday, February 27, 2010

RASIONAL PENGURUSAN PROGRAM SEMESTA INI TERHAD

PENJELASAN DARI PRESIDEN QS BINA

RASIONAL PENGURUSAN PROGRAM SEMESTA INI TERHAD

Sebelum apa-apa perkara yang tidak menyenangkan timbul, ingin saya jelaskan beberapa perkara yang berbangkit sejak kebelakangan ini. Saya terpanggil untuk memberi penjelasan kepada persoalan tentang mengapa tiada program yang dirancang oleh pengurusan baru QS Bina semester ini.

Baiklah, pertamanya ingin saya tegaskan disini situasi yang sedang berlaku. Untuk pengetahuan saudara-saudara sekalian pengurusan baru ini baru sahaja terbentuk tidak sampai sebulan umurnya. Dengan baki minggu akademik yang terhad serta perlaksanaan program yang sedia ada yang masih belum selesai, agak sukar buat kami untuk merancang aktiviti semester ini.

Jangan cuba timbulkan isu tiada kaliber dalam pengurusan kami kerana pihak majlis tertinggi QS Bina, Puan Zubaidah tentang perkara ini. Setelah perbincangan yang teliti, beliau memutuskan kami supaya kami perlu memberi tumpuan kepada program yang sedia ada. Rasionalnya adalah kerana jadual yang sudah pun padat ditambahnya juga dengan program yang besar dan program universiti. Jadi adalah penting bagi kami dalam memenuhi hasrat Puan Zubaidah yang ingin melihat program-program yang sudah dirancang berjaya akhirnya.

Biar saya perjelaskan dengan lebih teliti, kita sudah pun berada di minggu ke-12 dalam jadual akademik. Program yang akan dijalankan ialah Malam Simfoni Kaseh dan USR di Pulau Pangkor. Persoalan yang dibangkitkan ialah program tersebut tidak ada kena mengena dengan pengurusan yang baru. Ingin saya jelaskan bukankah lebih baik jika pengurusan baru ini turut sama membantu menjayakannya?

Dengan masa yang singkat berserta komitmen yang tinggi keperluannya, adalah sukar buat kami merencana aktiviti yang besar semester ini. Sebagai contoh, USR di Pulau Pangkor memerlukan komitmen yang tinggi memandangkan dengan tempoh tiga bulan lagi serta kos lebih kurang RM50000.00 serta rombakan program atas nasihat universiti. Perkara sebegini memerlukan komitmen.

Jadi, janganlah cuba mewujudkan keadaan di mana anda cuba mempersoalkan tiada program semester ini daripada pengurusan baru QS Bina. Tentunya lebih teruk keadaannya jiwa kita terkejar-kejar membuat program dan akhirnya tiada kejayaan yang akan dikecapi.

Berikan kami peluang untuk merancang dan untuk mengendalikan program pada masa akan datang. Untuk program-program sedia ada, kami akan berusaha sedaya upaya dalam memberikan kerjasama. Apa sahaja cadangan akan kami bincangkan dan semoga persoalan-persoalan yang dibangkitkan dapat dijawab dengan baik. Sebarang penjelasan harap difahami dan saudara-saudari sekalian diharapkan dapat terus memberi sokongan dan segala perbezaan pendapat dapat kita selesaikan.

Terima Kasih.

UNIT PENERBITAN QS BINA

3 comments:

  1. Assalamualaikum w.b.t

    disini ada beberapa perkataan untuk dibaca dan direnung bersama...

    lebih elok sekiranya tuan presiden menyampaikan secara bersemuka dengan ahli-ahli yang lain tentang apa jua berita atau permasalahan yang kita hadapi...

    satu perkara lagi, bila mahu diadakan rapat umum dengan ahli-ahli yang lain?. sudah tentu ada pihak yang memandang sinis sekiranya tuan presiden asyik berbincang dengan ahli yang berjawatan sahaja, sedangkan kita memerlukan kerjasama semua ahli dalam setiap aktiviti...

    selain itu, tidak elok sekiranya kita hanya bergantung pada blog atau kertas untuk menyampaikan sesuatu risalah, pada pendapat saya lebih elok sekiranya kita menyampaikan sesuatu secara terus atau membuat pengumuman...

    saya menyokong 100% pentadbiran baru ini dan percaya kepada kepimpinan semua, di sini saya hanya menyampaikan satu pandangan dari suatu sudut terpencil dan diharap nukilan ini tidak diremehkan...

    lagi satu teguran, bukankah lebih elok sekiranya perkataan 'pengikut' di dalam blog ini ditukar kepada 'ahli-ahli'. barulah lebih sopan dan profesional kedengarannya...

    kata-kata akhir dari saya:

    tak akan kukuh dahan bertunas,
    sekiranya akar segoyah angin,
    saya menyokong semua yang diatas,
    mencipta sejarah tak hilang berzaman.

    yang benar,

    kun farid

    ReplyDelete
  2. first of all thnkzz 4 ur compliment..
    i like..suare mcm nie kte nak..brani bersuare..
    aku sbgai ketua bidang penerbitan akan sedaya upaya betul kan mana yang silap..trime kasih lg skali..

    =)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    farid...tme ksih atas keprihatinan anda
    dlm menyampaikan pandangan dan cdangan...
    segala perkare yg berbangkit akn sye cube sdaye upaye brsama semua warga QS Bina x kire mT, exco dan ahli Qs Bina itu sendiri...smoge ikatan ukhuwah antare kte smakin kukuh dan terus baik dlm meneruskan agenda kite ke arah mewujudkan kekuatan kerjasama antare kite smua..

    tq..salam...

    ReplyDelete