Saturday, February 27, 2010

RASIONAL PENGURUSAN PROGRAM SEMESTA INI TERHAD

PENJELASAN DARI PRESIDEN QS BINA

RASIONAL PENGURUSAN PROGRAM SEMESTA INI TERHAD

Sebelum apa-apa perkara yang tidak menyenangkan timbul, ingin saya jelaskan beberapa perkara yang berbangkit sejak kebelakangan ini. Saya terpanggil untuk memberi penjelasan kepada persoalan tentang mengapa tiada program yang dirancang oleh pengurusan baru QS Bina semester ini.

Baiklah, pertamanya ingin saya tegaskan disini situasi yang sedang berlaku. Untuk pengetahuan saudara-saudara sekalian pengurusan baru ini baru sahaja terbentuk tidak sampai sebulan umurnya. Dengan baki minggu akademik yang terhad serta perlaksanaan program yang sedia ada yang masih belum selesai, agak sukar buat kami untuk merancang aktiviti semester ini.

Jangan cuba timbulkan isu tiada kaliber dalam pengurusan kami kerana pihak majlis tertinggi QS Bina, Puan Zubaidah tentang perkara ini. Setelah perbincangan yang teliti, beliau memutuskan kami supaya kami perlu memberi tumpuan kepada program yang sedia ada. Rasionalnya adalah kerana jadual yang sudah pun padat ditambahnya juga dengan program yang besar dan program universiti. Jadi adalah penting bagi kami dalam memenuhi hasrat Puan Zubaidah yang ingin melihat program-program yang sudah dirancang berjaya akhirnya.

Biar saya perjelaskan dengan lebih teliti, kita sudah pun berada di minggu ke-12 dalam jadual akademik. Program yang akan dijalankan ialah Malam Simfoni Kaseh dan USR di Pulau Pangkor. Persoalan yang dibangkitkan ialah program tersebut tidak ada kena mengena dengan pengurusan yang baru. Ingin saya jelaskan bukankah lebih baik jika pengurusan baru ini turut sama membantu menjayakannya?

Dengan masa yang singkat berserta komitmen yang tinggi keperluannya, adalah sukar buat kami merencana aktiviti yang besar semester ini. Sebagai contoh, USR di Pulau Pangkor memerlukan komitmen yang tinggi memandangkan dengan tempoh tiga bulan lagi serta kos lebih kurang RM50000.00 serta rombakan program atas nasihat universiti. Perkara sebegini memerlukan komitmen.

Jadi, janganlah cuba mewujudkan keadaan di mana anda cuba mempersoalkan tiada program semester ini daripada pengurusan baru QS Bina. Tentunya lebih teruk keadaannya jiwa kita terkejar-kejar membuat program dan akhirnya tiada kejayaan yang akan dikecapi.

Berikan kami peluang untuk merancang dan untuk mengendalikan program pada masa akan datang. Untuk program-program sedia ada, kami akan berusaha sedaya upaya dalam memberikan kerjasama. Apa sahaja cadangan akan kami bincangkan dan semoga persoalan-persoalan yang dibangkitkan dapat dijawab dengan baik. Sebarang penjelasan harap difahami dan saudara-saudari sekalian diharapkan dapat terus memberi sokongan dan segala perbezaan pendapat dapat kita selesaikan.

Terima Kasih.

UNIT PENERBITAN QS BINA

PENETAPAN BARU HEP DALAM PERSATUAN

DARIPADA MEJA PRESIDEN

PENETAPAN BARU HEP DALAM PERLAKSANAAN PROGRAM KELAB DAN PERSATUAN

Setelah menghadiri perjumpaan bersama pegawai-pegawai hal ehwal pelajar, ada beberapa perkara yang perlu dihebahkan untuk pengetahuan saudara saudari sekalian. Perkara ini penting kerana ia manjadi rujukan dan panduan dalam kita memberi sebarang cadangan penambahan kelab ini.

Antara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian ialah penetapan HEP terhadap kelab dan persatuan dalam melaksanakan sesuatu program. Mereka menetapkan bahawa setiap persatuan perlu membuat program yang lebih menjurus kepada ciri-ciri akademik persatuan ini sendiri. Kita sebagai kelab pelajar ukur bahan tidak terkecuali dalam perlaksanaa ini tetapi penetapan ini bukanlah bermaksud sesuatu persatuan itu hanya boleh membuat program akademik sahaja. HEP bertujuan mahu persatuan dan kelab di universiti menerapkan unsur-unsur akademik dalam program yang dirancang. Terpulang kepada kreativiti mahasiswa itu sendiri dalam mencari jalan menjadikan sesuatu program itu menarik dalam masa yang sama berunsur akademik dan rasional objektifnya.

Selain itu, HEP juga telah mengigatkan supaya sesuatu program itu mempunyai inovasi dan pembinaan serta pemindahan teknologi kepada pihak yang terlibat. Secara jelas mereka menyatakan program-program yang tidak mempunyai ciri-ciri tersebut agak sukar untuk mendapat kelulusan. Besar harapan saya ingin melihat ahli QS Bina bersama-sama merancana idea untuk memenuhi aspek yang telah di tetapkan.

Sebagai kesimpulan, ingin saya mengingatkan diri saya dan saudara saudari sekalian supaya bersama-sama mewujudkan persekitaran kreatif dalam manjana idea supaya program-program yang akan dilaksanakan lebih berkesan dan segala pendangan akan saya pertimbangkan bersama-sama nasihat pensyarah dan penggerak
QS Bina.

Sekian terima kasih.


UNIT PENERBITAN QS BINA

Friday, February 26, 2010

Majlis Pelancaran Buku Knowledge, Language, Thought and the Civilization of Islam, Essays in Honor of Syed Muhammad Naquib Al-Attas


Disempurnakan oleh
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan
Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

Atur cara :
2.15ptg
Ketibaan Tetamu

2.30ptg
Ketibaan Dif-dif Kehormat

3.ooptg
Keberangkatan Tiba Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

Lagu Negaraku

Bacaan Doa

Ucapan Alu-aluan oleh Yang Berbahagia Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Naib Canselor UTM

Ucapan Wakil Pengkarya oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Wan Mohd Nor bin Wan Daud

Titah dan Pelancaran Buku Disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

Persembahan Cenderamata

Ucapan Penghargaan oleh Yang Mulia Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas

Lagu UTM Keunggulan Terbilang

Jamuan Ringan

4.30ptg
Majlis Bersurai

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada 23hb Febuari 2010, berlangsungnya Majlis Pelancaran Buku Knowledge, Language, Thought and the Civilization of Islam, Essays in Honor of Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Ahli Kelab QS-Bina telah dijemput hadir bagi meramaikan majlis. Oleh itu, seramai 12 orang peserta daripada kelab QS-Bina telah menyertai majlis pelancaran yang di rasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Kelab QS-Bina begitu berbangga kerana dijemput ke majlis ini.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat di ambil sepanjang majlis berlangsung :

Pelajar wanita tahun dua, Ain dan Lily turut serta.

Antara pelajar tahun dua lelaki, Ikram dan Amer.

Pelajar tahun 1, Nazurah, Nabila, Amirel, Hisham, Azzizan.

Lagi gambar pelajar tahun satu. Nazurah, Nabila, Yong, Ain, Fayuni dan Umi.

Aiman, Ahmad, Hisham dan Azizzan turut serta.

Antara kelibat para peserta di Dewan Besar UTM.

VVIP yang berada di atas pentas sedang mendengar ucapan.


Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini bin Ujang berucap di hadapan.

Ucapan daripada Wakil Pengkarya oleh
Yang Berbahagia Prof. Dr. Wan Mohd Nor bin Wan Daud.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan,
Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah berucap.

Para tetamu di Dewan Besar UTM tekun mendengar ucapan.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan,
Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah merasmikan
Buku Knowledge, Language, Thought and the Civilization of Islam,
Essays in Honor of Syed Muhammad Naquib Al-Attas.

Ucapan terakhir daripada
Yang Mulia Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan,
Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah untuk bersantap
setelah majlis bersurai.

Para Majlis Tertinggi Kelab QS-Bina mengambil gambar kenangan.

Nazurah dan Nabila sempat bergambar bersama
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan,
Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
setelah baginda habis bersantap.
(Ihsan daripada web News UTM KL)

Kami berharap Kelab QS-Bina dapat dijemput lagi ke majlis yang akan datang kerana majlis seperti ini memberi seribu makna kepada kelab dan juga ahli-ahlinya.

Sekian, terima kasih.


Thursday, February 25, 2010

PENGUMUMAN

PERHATIAN :

Kepada ahli-ahli Kelab QS Bina dijemput bersama-sama melihat

Pertandingan Pidato Piala Perdana Menteri pada 5 mac 2010, Jumaat

sila serahkan nama kepada setiausaha Kelab QS Bina selewat-lewatnya 3 Mac 2010, rabu.

Penglibatan pelajar tahun 1, 2 dan 3 amat dialu-alukan.
UNIT PENERBITAN QS BINA

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada ahli Kelab QS Bina tahun 3 yang ingin menghadiri

Malam Pra-Graduan (MPG) 2010

sila berikan nama kepada setaiusaha Kelab QS Bina selewat-lewatnya pada hari
selasa, 2 mac 2010.

Penglibatan anda amat diperlukan dan dihargai.

UNIT PENERBITAN QS BINA

SALAM MAULIDUR RASUL 1431 HIJRAH

ASSALAMUALIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kelab QS Bina mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1431 Hijrah kepada semua ahli-ahli

Kelab QS Bina dan semua umat Islam.

“ semoga kita memperoleh manfaat dan kebaikan daripada

pengorbanan dan perjuangan Rasullullah S.A.W. “



Wednesday, February 17, 2010

PEMBUKA KATA

Assalamualaikum,

Alhamdulilah kepada Allah SWT kerana wujudnya blog ini.

Saya berharap dengan adanya blog ini dapat la kita mengambil tahu mengenai perkembagan dan

sebarang aktiviti yang dijalankan oleh Kelab QS Bina UTM International Campus Kuala Lumpur.

Beharap juga dengan adanya blog ini, ia merupakan medan untuk setiap ahli

QS Bina mengambil berat tentang kelab ini dan insyallah segala aktiviti QS Bina akan di laporkan di

dalam blog ini.

Saya berharap semua pihak dapat memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam

memegang tanngugjawab yang telah diberi.

“Bersama-sama kita mengorak langkah kearah kea rah yang lebih baik”

Sekian terima kasih.

daripada,

Amirel Amen bin Anuar