Thursday, February 16, 2012

SENIOR'S APPRECIATION DINNER 2012


Acara ini diadakan khas untuk menghargai senior tahun akhir yang merupakan ahli QS-BINA.

Tempat : Adamson Hotel
Tema : Vintage and Classic
Bayaran : RM35

Tentatif program :

7.45 malam : Berkumpul di hadapan perhentian bas Kediaman Siswa Jaya
8.00 malam : Bertolak
8.30 malam : Ketibaan para mahasiswa
8.40 malam : Ketibaan para pensyarah
8.45 malam : Persembahan pembukaan
8.50 malam : Bacaan doa pembuka majlis
9.00 malam : Ucapan daripada presiden dan mantan presiden Kelab QS-Bina
9.15 malam : Bacaan doa makan dan persembahan video
9.40 malam : Persembahan daripada pelajar tahun pertama DDPQ
9.55 malam : Penyampaian anugerah
10.10 malam : Persembahan daripada pelajar tahun dua DDQ
10.25 malam : Penyampaian hadiah
10.40 malam : Persembahan daripada pelajar tahun tiga DDQ dan Slot untuk tahun tiga DDQ
10.55 malam : Pengumuman Best Dressed of The Night dan Sesi bergambar
11.20 malam : Program tamat dan Bertolak pulang ke kampus

* Jangan lupa untuk membawa hadiah.
* Ini tidak diwajibkan, ia adalah kehendak masing masing tetapi kehadiran anda amat dihargai.

(Pesanan daripada Pengarah Program, Saudari Eva Yolander)


SOCIETY.ENHANCES.DISCIPLINE


KASUMA QS-BINA 2012


Alhamdulillah program ini dapat dijayakan walaupun mempunyai masalah pada mulanya.

Program ini dijalankan pada:
Tarikh : 11 Februari 2012
Tempat : Campus (Explorace) dan KSJ (Futsal dan Badminton)
Penglibatan : Mahasiswa Ukur Bahan Tahun 1, 2 dan 3.
Dimeriahkan lagi dengan kedatangan Puan Rafiza, Puan Rosmiza dan Cik Alvina.


Ucapan daripada pengarah KASUMA QS-BINA 2012, iaitu Saudara Faez Haqimi Fauzi :

"Terima kasih kepada semua yang telibat dalam menjayakan program kasuma-qs'12,especially pn fiza, pn rosmiza n family n cik alvina, ajk2 kasuma, tahun 3,2 n 1)..kehadiran kalian memeriahkan lg program kali nie..thanx !!..segala kekurangan yang ada minta maaf sangat2..:-)"
-via facebook-

Harap Tahun hadapan dapat dibuat dengan lebih baik dan mendapat sambutan lebih menggalakkan daripada semua pihak, InsyaALLAH..



SOCIETY.ENHANCES.DISCIPLINE


Tuesday, February 14, 2012

T-SHIRT QS-BINA


Now, QS-BINA sudah ada T-Shirt sendiri..
Perancangan tentang T-Shirt ni sejak awal Disember 2011 lagi.. Tapi, baru je dapat T-Shirt tu dalam bulan Januari..
Alhamdulillah.. Cantik :)


DESIGN YANG PERTAMA

Tapi, Design ni tak jadi. Cancel !
*Ada kesilapan di situ. Sepatutnya QUANTITY bukan QUATITY
Sorryyy...

DESIGN YANG KEDUA
Design Pilihan


DETAILS

..............................
** BAJU HITAM
** SIZE XS, S, M, L
** DESIGN SIZE IN A3
** LENGAN PENDEK & PANJANG
** HARGA RM25.00


Wednesday, February 1, 2012

TERIMA KASIH :)


JUTAAN TERIMA KASIH
DIUCAPKAN KEPADA MAJLIS TERTINGGI DAN EXCO QS-BINA
SESI 2011/2012


JASA DAN KOMITMEN YANG DIBERIKAN
OLEH KALIAN TERHADAP KELAB QS-BINA AMAT KAMI HARGAI

TERIMA KASIH :))
MAJLIS TERTINGGI DAN EXCO QS-BINA
SESI 2011/2012





Baik bergalas baik tidak,
Buli-buli bertali benang;
Baik berbalas baik tidak,
Asal budi sama dikenang.

Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan;
Terima kasih daun keladi,
Budi kalian jadi kenangan.



SOCIETY.ENHANCES.DISCIPLINE



MT DAN EXCO QS-BINA 2012/2013


TAHNIAH !
Diucapkan kepada Majlis Tertinggi dan EXCO yang baru bagi sesi 2012/2013




Majlis Tertinggi dan EXCO QS-BINA 2012/2013

PRESIDEN : MUHAMMAD AKMAL BIN ROSLEE
NAIB PRESIDEN : AHMAD QAYYUM BIN AHMAD RIDZA
SETIAUSAHA : SYAHIRAH BINTI ABDULLAH
BENDAHARI : NURFARAHI SYIFAA BINTI ABU SEMAN
EXCO-EXCO :
  1. EXCO AKADEMIK : NURIANA BALKIS BINTI BAHARI
  2. EXCO KEBAJIKAN DAN SOSIAL : SITTI FATIMAH BINTI MD TAHRIN
  3. EXCO KEUSAHAWANAN : FATIN AMIRAH BINTI ARIS FADZILAH
  4. EXCO KEROHANIAN : MUHAMMAD SYAUQI BIN AHMAD
  5. EXCO KESUKANAN : MOHAMAD NAZIRUL BIN MOHD JEFRI
  6. EXCO PENERBITAN : AQMAL AIMAN BIN ZAHAR

Tahniah lagi sekali diucapkan kepada kalian semua..
Semoga dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jayanya dan sempurna..
Semoga Kelab QS-BINA akan terus maju..



SOCIETY.ENHANCES.DISCIPLINE

ANNUAL GENERAL MEETING '12


Alhamdulillah. Satu lagi event tahunan QS-BINA telah berjaya diadakan iaitu Annual General Meeting (AGM '12) QS-BINA 2012..
AGM '12 telah diadakan mengikut ketetapan yang berikut :
Tarikh : 13 Januari 2012
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Jumaah, UTMIC, Kuala Lumpur
Kehadiran : Mahasiswa QS-BINA Tahun 1, 2, 3 dan Pensyarah Diploma Ukur Bahan

Tujuan AGM '12 ini diadakan adalah untuk :
  • Mengadakan satu mesyuarat bagi melantik pelapis baru sebagai majlis tertinggi untuk Kelab QS-BINA
  • Mengadakan pembentangan kerja dan aktiviti sepanjang tahun
Tahniah kepada Majlis Tertinggi dan EXCO QS-BINA yang baru..
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Majlis Tertinggi dan EXCO QS-BINA yang sebelum ini di bawah pimpinan Saudara Zamir Farhan..


SOCIETY.ENHANCES.DISCIPLINE
Tamat -