Thursday, March 11, 2010

Kem Rakan Siswa JASA (KARISMA)

Pada 5-7 Mac yang lepas, sepuluh orang pelajar tahun 1DDQ telah terpilih untuk menyertai Kem Rakan Siswa JASA, anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Mereka yang menyertai kem ini telah di bawa ke Sungai Merab, Kajang bersama 110 orang pelajar UTM yang lain. Kem ini turut disertai oleh pelajar UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan iaitu seramai 43 orang. Kem ini adalah untuk memupuk perpaduan dan sayangkan negara terhadap para mahasiswa dan mahasiswi universiti. Konsep kem ini ialah SURVIVAL DAN TEKTIKAL. Berikut adalah tentatif yang telah dilalui oleh mereka :

JUMAAT (5/3/10)
12.00pm
Para pelajar berkumpul di terminal bas kampus
1.oopm
Bertolak ke destinasi kem
2.30pm
Tiba di Kem Nur Sungai Merab, Kajang.
Solat dan berehat sambil menanti ketibaan pelajar UiTM
5.00pm
Pelajar UiTM tiba. Ice-breaking bermula.
Makan dan solat.
7.30pm
Solat dan tazkirah sehingga tiba waktu Ishak.
9.00pm
Perasmian oleh Pengarah JASA
Briefing tentang kem diberikan oleh Haji Aswandi, ketua fasilitator.
Para peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan.
Acara tiup belon sehingga pecah diadakan.
Menyanyikan lagu 1Malaysia dan gerakan 'GEMPUR' dan 'WARCRY' di ajar.
'Digempur' dan barang amanah dicuri oleh pihak penggempur.
12.30malam
Balik ke bilik dan tidur.

SABTU (6/3/10)
5.45am
Berkumpul di dewan untuk solat berjemaah dan tazkirah di berikan
7.15am
Minum pagi dan bersiap
8.00am
Taklimat tentang cara untuk mendapatkan barang amanah kembali.
Bendera Malaysia dan kain putih diberikan untuk dicorak sebagai bendera kumpulan.
10.00am
Survivor bermula.
Berjalan lebih kurang 3KM ke SRA Desa Indah untuk checkpoint pertama.
Aktiviti paip bocor dan squirrel fox dijalankan.
Berjalan sejauh lebih kurang 13KM ke checkpoint kedua.
Aktiviti mengangkat bola menggunakan tali, memasak dan makan.
Checkpoint seterusnya adalah sejauh lebih kurang 5KM.
Acara menembak botol menggunakan senjata paintball diadakan.
Bergerak ke checkpoint seterusnya ke hutan. Lebih kurang 2KM.
Acara tangkap ayam diadakan dan memasak.
5 wakil dari setiap kumpulan dihantar untuk mencari kunci barang amanah.
10.45pm
Tiba di dewan Nur Sungai Merab
Taklimat tentang keseluruhan perjalanan.
Bersidang dengan pihak penggempur.
12.45pm
Balik ke bilik dan tidur.

AHAD (7/3/10)
5.45am
Solat berjemaah dan tazkirah
7.30am
Sarapan pagi dan bersiap
8.30am
Aktiviti tempur tanpa senjata diadakan di dewan
11.00am
Rumusan tentang keseluruhan program
Majlis penutupan kem, dirasmikan oleh Pengarah JASA
3.00pm
Bertolak pulang ke kampus
4.30
Selamat tiba di kampus.

Bersiap sedia untuk bertolak ke kem.

Ketika tiba di Kem Nur Sungai Merab.

Pengarah JASA memberi ucapan dan perasmian.

Selepas acara tiup belon diadakan

Bergambar pada pagi Sabtu, sebelum survivor berlangsung.

Selepas perasmian majlis penutup kem.

Ahli kelab QS-Bina bergambar bersama Ketua Fasilitator.

Ketika perjalanan balik ke kampus.

p/s : Kami memohon maaf kerana gambar ketika survivor tidak dipaparkan kerana sepanjang survivor berlangsung, kami tidak dibenarkan membawa telefon bimbit bersama.

No comments:

Post a Comment